Friday, January 21, 2011

sonoknye menulis

assalamualaikum..

Aduss, x tau nk start mcmane.. tp, kali ni nk share sal hobi ana..
Hobi yg x mrugikan.. boleh d amalkan selalu tnpa was-was..


Tadaaa..Ni la salah satu hobi ana.. tulis khat…ana kenal khat time blaja kt sekola ptg (SAR) dulu..ade ustazah yg aja ana (jiran sebelah umah je pun).. pastu kdg2 kt umah, ayah ngan abang ana ade gak aja ana.. yg plg bes, asal bile ade subjek khat, ayah ana laa yg asahkn pensel ana..sokongan mak ngan ayah tu yang penting sebeno benonye..kalo ana yg asah, kompen x jd mcm pensel khat.. besenye gune pensel 2b je..tp, kdg2 ana rembat pensel tukang kayu bapak ana je..hehee..



antare hasil yg cube2 bru nk blaja.. nk bguru, tp xksmpaian..




"salam Ramadhan"

    2 ni khat ni ana tulih time nk puase ramadhan tahun lepas..konon2nye nk antar kt ustaz ustzah kt IPG... las2 x smpat bg lg, da raye..















yg kt bawah ni ana tulih time Persatuan Agama Islam IPGKPP anjurkan MPI, majlis pameran Islam 2010..

     "kebersihan sebahagian daripada iman" ni gune
 khat rik'ah x tau laa betoi ke x betoi khat rik'ah nye...hee


                                           ni konon2 nye contoh utk khat thuluth...khat yg
                                                paling susah nak tulis.. ni la dia..




            hehee, khat ni plg ana suke.. khat diwani name nye..
 kdg2 ana pggil khat nafsi  (khat reka2 sendiri, pasal ikut
       suke hati je nk tulis mcmane2 pun)



   ni name nye khat nasakh.. zaman-zaman sekolah 
     rendah dulu ustazah ajar gune khat ni la.. syukran ustazah..



Ustaz Zuhud Ulya pernah ajar ana khat time sem satu di IPGKPP.. ustaz kata, formula nk tulis khat ni senang je.. copy and paste.. tu je.. dahsyat mana sekali pun guru khat tu, kalau murid nye tak boleh nak tiru tulisan guru dia, x ke mane juge...so, aku pn try laa jugak nk copy and paste..(mcm wat assignment lak, opsss)

ni khat yang asal..ni yang ambe tiru..






               Surah Al-Fatihah versi tulisan tangan



wassalam






Wednesday, January 19, 2011

Kisah Pokok Semalu dan Wanita


http://servedby.adsfactor.net/advr.php?sid=AT9TMwUzUTc%3D&cid=AjhTMgUwB2c%3D&bid=UWxWMQA0VTAGaA%3D%3D&ts=1295504993
http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_389591.gif
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat yg akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.




Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Wednesday, January 12, 2011

"Perkaitan solat dan warna alam" SubhanAllah..........





Assalamualaikum wbt.. bersyukur ke hadrat Ilahi, atas kurniaan 2 nikmat yg terbesar yaitu nikmat iman dan Islam.. InsyaALLAH kali ni, ana nk kongsi ngan antum semue tntang suatu keagungan Allah yang maha Esa..


Ia berkaitan dengan pelaksanaan suatu ibadat yang terbesar dalam Islam yaitu Solat 5 waktu, dmna solat Fardhu ini telah diterima oleh Rasulullah semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.. tetapi sedar atau tidak yang sebenarnya solat yang 5 waktu ini telah pun ditakdirkan ALLAH, wajib dilaksanakan oleh hambaNya di dalam waktu yang berbeza-beza, dan semestinya waktu-waktu tersebut mempunyai kelebihan tersendiri...hakikatnya, setiap waktu tersbut mmpunyai spektrum warna yg berlainan..

Ana ingat lg, tme ana kt matriks dlu, ana ambik bhgian sains fizikal yg ade blaja tntang "wave"... jd setiap warna ade wavelength yg beze2 dan frequency yg beze2... cume ana x tau ape kaitan wavelength2 dn frequency2 tersebut ngan waktu solat yang beza2 bermula dgn solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan diakhiri dengan 'Isya'jadi, mari kitaa selusuri setiap waktu tersebut...subhanALLAH..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktuIsyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi ( dak2 maktab aku selalu wat taici pas phmpunan rabu...hehe),qi-gong (ntah, aku pn x tawu cmne) dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam. Artikel ini saya ambil daripada email forward. Apa sekalipun, Allah mengetahui segala-galanya kerana Dia yang menciptakan alam ini dan segala isinya. Cuma tinggal kita saja samada nak berfikir atau pun tidak. Wallahu’alam.